Saturday, 17 October 2015

perancangan perjalanan jakarta dan bandung

Sedikit perkongsian rangcang perjalanan yang menarik mengikut kesesuaian, dan ia dibahagikan kepada tiga : Hiburan ,membeli-belah (shopping) ,makan angin


Mendarat di Soekarno airport jakarta
Hiburan
Membeli belah ( shopping )
Makan angin
Jakarta :
- Taman permainan Ancol
- Taman Safari
Jakarta :
- Pasar baru Jakarta
- MOI mall
- Tanah abang
- Komplek Manga dua

Jakarta :
- Monumen Nasional (MONAS)
- Taman mini Indonesia
- Kota lama Indonesia
- Masjid istiqbal

Station Gambir ( train to Jakarta – Bandung )
Bandung :
- Trans studio bandung

Bandung :
- Pasar baru bandung
- Toko tiga
- Jalan cibadayut               
- Jalan riau
- Jalan dago
- Cihampelas shopping street
Bandung :
- Gunung Tangkuban Perahu
- Saru Ater Hot Spring
- Ciwidey
- Kawah Putih
- Memetik stawberri
- Situ Patenganag
- pucak bogor

Ada dua cara untuk balik ke Malaysia atau Negara2 lain
1)            Kembali ker Jakarta dan berlepas di sukarno airport
2)            Stay di bandung  dan  berlepas  di  bandung  airport

*sedikit gambaran perjalanan tempat yang anda akan lawati ,dan dibawah ini saya sediakan keterangan tentang tempat yang anda akan lawati 


​​


Jakarta : hiburan

Taman permaian Ancol
Cara sebutan Ancol adalah Ancul. harga masuk 25,000rph/org. Taman ini terbahagi kepada 5 tempat permainan ,
  1. Dunia fantasi
  2. Ocen ecopark
  3. Ocean dream samudra
  4. Atlantis water adventure
  5. Seaworld ancol
Untuk maklumat lanjut atau harga setiap permainan tersebut layari laman web http//www.ancol.com

Sekadar perkongsian :
  • Di  Ancol,sebaiknya memberi 1 hari sebab tempatnya besar.
  • Setiap tempat mempunyai harga yang berbeza contoh ( masuk 25000 + ecopark 35000 )
Taman safari Jakarta
Taman safari Jakarta jauh lebih menyeronokan dan besar berbanding safari di Bandung.harga masuk dewasa 300,000rph/1org dan masuk dengan kereta 15,000rph. perjalanan dari kota jakarta ke safari mengambil masa  2.30 jam (mengikut kesesakan lalulintas) .Safari ini terbahagi kepada 2 bahagian
  1. Safari day           pada 8 AM – 5 PM
  2. Safari night        pada  7 PM – 10 PM
Untuk maklumat lanjut layari laman web http//www.tamansafari.com

Sekadar perkongsian :
  • Untuk  safari sebaiknya bertolak awal pagi disebabkan ada pelbagai tempat-tempat  yang menarik dan pertunjukan(show) disana ,kebiasaanya masa diperuntikkan 1 hari.

Jakarta : membeli – belah (shopping)

Pasar baru Jakarta
Kebiasaannya rakyat malaysia atau singapura jarang ke pasar baru Jakarta, seeloknya di Jakarta pergi ke Tanah Abang atau manga dua. apapon waktu beroprasi 9 AM – 4 PM.

Tanah Abang
Tanah Abang terletak di Jakarta pusat,di sini terdapat pasar tekstil terbesar di Asia Tenggara.Tanah Abang adalah satu shoping komplek jauh lebih tersusun dan murah berbanding magga dua, Tanah Abang terbagi atas beberapa blok antara lain blok A, B, C, D, E, F, AA, BB, CC umumnya menjual tekstil, (pastikan huruf dipintu masuk atau tempat berkumpul semula ) waktu beroperasi pada jam 0900-1600. Sangat menarik.

Sekadar perkongsian :
  • pastikan duit dibahagikan supaya tidak terlalu banyak dikeluarkan
  • sekiranya datang ke Jakarta dengan 1 pasang baju,sebaiknya pergi ke tanah abang terlebih dahulu.
  • Beli banyak-banyak tau,pastikan huruf di pintu masuk.
Komplek manga dua
Komplek ini dibuka pada jam 0900- 1600. Komplek ini mempunyai ia bangunan yang bersambung-sambung dengan bagunan sebelah (pastikan nama bagunan dan pintu masuk). Ramai dikalangan blogger2 gemar menulis tentang komplek manga dua. Barangan yang dijual selipar kasut baju seluar alat elektronik dll.

Sekadar perkongsian :
  • untuk membeli belah di Jakarta sebaiknya hanya di Tanah Abang dan selebihnya pergi ke tempat hiburan seperti safari dan taman permainan Ancol atau ke tempat makan angin yang diatas.
Jakarta : makan angin

Monumen Nasional ( MONAS )
di MONAS seperti menara KL,cumanya ia dibina atas sebab kemerdekaan mereka.

Taman mini Indonesia
lokasi lawatan pertama adalah Taman Mini Indonesia ,disini anda dapat lihat banyak contoh rumah masyarakat Indonesia yang berbilang kaum dan adat. (monas dan taman mini saya tidak banyak olahkan sebab saya x berapaminat tempat-

Jakarta – bandung :

Station Gambir
Cara sebutan station adalah STASIUN Gambir.Kebiasaannya orang Malaysia dan singgapura akan menaiki train bisnes class,tidak mahal pon hanya 70000 – 75000 rph/ seorang. Terpulang mahu beli online atau ke station gambir. Dari Jakarta ke bandung mengambil masa 4 jam.

Sekadar perkongsian :
  •  pastikan masa dan hari yang kita inginkan dengan tepat,dan pada untuk tempat duduk ( jika bergerak family pastikan no sit itu berada dalam satu kawasan,tempah awal terutama sekali pada jumaat sabtu dan ahad)



bandung : hiburan

Trans Studio Bandung
tempat ini lebih kurang macam Time squre, tempat main dia dalam shopping komplek dan sangat besar,buka pada jam 10 AM–6PM, harga masuk 170,000 - 270,000 rph, Untuk maklumat janjut, layari http://www.transstudiobandung.com

sedikit perkongsian :
  • Kebiasaannya orang pergi sana dari awal pagi sampai petang. Makan jangan risau dalam mall tu ada jual.

Bandung : membeli-belah (shopping)

Pasar  Baru Bandung
Pasar baru bandung lebih kurang macam kenanga citymall. Jam beroperasi pada 8 AM – 4 AM. Terdapat pelbagai barangan yang dijual,contoh jam, seluar ,baju , kain ela, tuala, foodcourt ,kasut ,dan lain lain. Memang menarik, sekiranya mahukan yang berjenama tapi klon pastikan duit banyak disini.
Sekadar perkongsian : (teramat penting)
  • Mulakan tawar menawar 50% dari harga yang diberi. Jika tidak dapat kita belah je dari situ tapi dengan cara yang baik. ( kena ingat orang kuat main benda tu terutama di pasar baru bandung di bahagian atas )
  • Pastikan bukan penjual yang tipu kita biar kita tipu penjual tu
  • membeli tu kira dengan betol,jangan bagi diorang kira,mintak kaculator atau guna sendiri punya​
Togo tiga
Togo tiga ini adalah tempat membeli  seluar jeans, Ramai diantara pelancung dari asing tidak tahu akan tempat ini namun tempat ini lebih murah berbanding pasar baru dan lain-lain factory outleat. (lebih kepada barangan seluar jeans untuk lelaki)
Jalan cibadayut
Tempat ini lebih kepada barangan kulit terutama  kasut kulit dan beg tangan kulit. Di sebabkan itu, ,anda akan nampak kasut kulit yang besar. Jalan ini juga mempunyai derat kedai yang terpanjang di Asia, selain kasut dan beg tangan,terdapat juga seperti tali pinggang kulit topi dompet dan lain-lain

Jalan dago
Factory outlet di sekitar jalan Dago tutup pada jam 9 PM
- factory outlet antaranya :
  • Jetset
  • Nike outlet
  • Grande Fashion Gallery Outlet
  • Kedai ini menjual barangan untuk orang yang mencari saiz XXXL.
  • Rumah Moden
    • Factory outlet yang terbesar, terdapat pelbagai barangan wanita kanak kanak lelaki
  • Donatello
    • Kedai utama bagi barangan kulit seperti kasut,beg wanita, tali pinggang dan macam-macam lagi

Jalan riau
Factory outlet di sekitar jalan riau tutup pada jam 9 PM
- factory outlet antaranya :
  • The secret
    • Tempat yang popular dan jenama yang terbaik untuk pakaian perpempuan lelaki dan kanak-kanak, didalamnya juga mempunyai ruang rehat yang lawa dan kedai minum. (menyediakan wifi percuma )
  • Haritage
  • For Men outlet
    • Bertepatan dengan namaya untuk lelaki sahaja
 Factory outlet jalan riau lagi panjang dan mempunyai pelbagai outlet  berbanding  jalan dago.kesimpulannya sekiranya nak membeli pelbagai barangan pergi ker jalan riau terlebih dahulu.

Cihampelas shopping street
Cara sebutan cihampelas adalah CIWALK. Waktu beroperasi 9 AM-10 PM. Sekiranya anda dah muak dengan makanan Indonesia anda boleh dapatkan makan  segera barat disini seperti pizza,KFC,dan macam-macam lagi.tidak dilupakan juga untuk membeli pakaian,harga berpatutan.  

Bandung : makan angin

Gunung Tangkuban Parahu
Tangkuban perahu merupakan kawasan gunung berapi yang popular dan ramai dikunjungi. Terletak kira-kira 20km dari utara kota bandung. Gunng ini berketingggian sekitar 2,084 meter dari aras laut,oleh itu suhu nya agak sejuk sekitar 17 darjah ceksius. Pemandangan di atas puncak teramat cantik,

Sekikit perkongsian :
  •  di sini ramai penjual agak mendesak kita supaya membeli barangannya, jadi jika Nampak orang sedemikian jangan pula kita melayannya (bertanyakan harga) cukup sekadar “terima kasih pak”
  • Jaga barangan yang di bawa kemungkinan akan diselup oleh penjual kecil tadi.(terutama pada poket belakang.
Saru Ater Hot Spring
Dari gunung tankuban parahu,ia mengambil masa 30 minit sahaja, jadi boleh di singgah dalam perjalanan pulang. Nama lagi hot spring semetinya pada air panas dan ianya terhasil dari gunung berapi di sekitarnya. Ada pandangan mengatakan bahawa mandi air panas dari gunung berapi boleh merawat beberapa penyakit kulit, disana juga ada beberapa gerai jika anda inginkan makanan atau minuman.so jika ingin mandi atau berendam kaki bolehlah bagi masa lebih sikit. (kalu mandi jangan lupa bawa tuala)

Ciwidey
Ia sebuah daerah di kabupaten bandung. Ciwi bermaksud buah kiwi dan DEY bermaksud hari. Ia terletak kurang 30 km ke selatan bandung  dan lebih 1.30 - 2 jam perjalanan dari bandung.

Kawah Putih
Kawah putih terletak kurang 2km ke atas puncak, ia adalah satu kawasan yang kurang popular kerana kebanyakan pelancung kurang tahan bau belerang yang agak kuat. Namunbegitu kawasannya memang akan menarik perhatian anda sebab kawah gunung berapi tersebut mempunyai batuan dan pasir yang memutih di sekitarnya dan di campur dengan air hujan menjadi sebuah tasik yang kadang kala ia kelihatan berwarna hijau. Sekiranya anda berminat untuk pergi ke sana pstikan anda pergi di waktu pagi .

Memetik stawberry
Saya tidak pernah sampai di sini namun begitu ada beberapa blogger yang menceritakan tentang memetik buah strawberry.oleh itu saya ceritakan sedikit sebanyak tentang tempat ini. Ada beberapa blog yang saya baca kawasan ini kata je macam macam menyeronokkan tapi yang pasti apabila anda pergi ia sebesar halaman rumah je.
 Bagi pendapat saya : baik pergi ke Cameroon highland lagi besar.( apapun terpulang pada anda)

situ Patengang
???
pucak bogor
???

Ada dua cara untuk balik ke Malaysia atau Negara2 lain

1.  Kembali ke Jakarta dan berlepas di sukarno airport
Cara ini pada pendapat saya :
  • Ia akan meletihkan badan untuk sambung travel kembali ke  Jakarta selama 4 jam
  • Walaupon tiket dari Jakarta ke Malaysia sedikit murah namun jumlah harganya akan sama sekiranya anda pulang dari bandung ke Jakarta

2.  Stay di bandung  dan  berlepas  di  bandung  airport
Cara ini pada pendapat saya :
  • Ia  lebih selesa dan menjimatkan masa
  • saya lebih suka menggunakan cara ini
untuk tahu lebih lanjut tentang tip di jakarta dan bandung http://mohdsyafiqsham.blogspot.com/2015/10/tip-untuk-jakarta-dan-bandung.html

No comments:

Post a Comment